PASANGAN Angelina Jolie dan Brad Pitt dilaporkan mencapai keputusan sepakat berkenaan hak penjagaan anak-anak mereka sebelum kes perceraian mereka berlangsung.
Menurut Telegraph, Angelina bersetuju untuk membenarkan Brad menemui keenam-enam anak mereka yang kini berada di bawah jagaannya sejak dia memfailkan perceraian pada 19 September lalu.
Walau bagaimanapun, Brad hanya dibenarkan untuk berjumpa dengan anak mereka dengan pengawasan seorang pakar terapi.
Persetujuan sementara itu masih belum difailkan di mahkamah dan Brad juga masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan persetujuan tersebut.
Sebelum ini, peguam Angelina mengesahkan bahawa Angelina memfailkan perceraian terhadap suaminya itu kerana mahukan yang terbaik untuk keluarga dan anak-anak mereka.