JIKA anda merupakan pengikut setia Fasha Sandha di laman sosial Instagramnya pasti tahu sahaja aktiviti seni yang disertai aktres itu saban hari.
Semalam, pelakon itu terlibat dengan satu acara yang berlangsung di Permaisuri Imperial City Mall, di Miri, Sarawak.
Dan seperti biasa peminat setia ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu tidak melepaskan peluang untuk melihat lebih dekat lagi dengan selebriti pujaan mereka itu.
Ramai juga peminat aktres siri Lara Aishah itu di negeri Bujang Senang tu ya.. Siapa kata populariti Fasha dah menurun.. Masih maintain lagi tau..
Malah, ada seorang peminat Fasha dilaporkan sampai pengsan dek kerana menunggu hampir dua jam kelibat Fasha di lapangan terbang sebelum dia berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
Peminat setia itu dipercayai tidak mengetahui jadual penerbangan pesawat yang dinaiki Fasha dan sebab itulah dia hanya menunggu di lapangan terbang dalam usahanya untuk memberikan jambangan bunga dan bertentang mata sendiri dengan pelakon pujaannya itu.
Demi tidak menghampakan harapan peminat tersebut yang ingin berjumpa dengannya, Fasha mengambil keputusan bertemu dengan peminatnya itu.
Sesi pertemuan itu dikongsikan di IG Fasha yang turut sama terharu dengan sokongan tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan peminat setianya itu.
Macam ni la sikap artis yang perlu dicontohi, menghargai peminat yang sama-sama menaikkan nama mereka dalam industri hiburan tempatan. – MYNEWSHUB.CC
😢❤️
A video posted by Fasha Sandha (@fashasandha) on