Sunday, 2 October 2016

(Video) #GPMalaysia : Sebastian Vettel Tak Dapat Teruskan Perlumbaan Selepas Pelanggaran




Sepang, 2 Okt - Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel tidak dapat meneruskan perlumbaan di Malaysia Grand Prix    -  Formula One World Championship selepas berlaku pelangaran antara jenteranya dan dengan pelumba Red Bull dan Mercedes.

Pelanggaran itu berlaku beberapa minit selepas perlumbaan bermula.

Kereta keselamatan memasuki litar F1 selepas bendera kuning dikibarkan akibat insiden terbabit.

Sebastian Vettel mengejutkan dunia pada tahun lepas menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) di Grand Prix Malaysia PETRONAS 2015.