Pelakon Fattah Amin kini dilanda gosip hebat apabila dikatakan mempunyai hubungan cinta lokasi dengan pelakon jelita Neelofa.
Sebelum ini Michael Ang ada mendedahkan mereka benar-benar bercinta di lokasi penggambaran drama Suri Hati Mr Pilot.
Ini kenyataan dari Fattah Amin tentang hal ini.
Jom baca:
“Seperti mana yang saya katakan sebelum ini, kami cuma rakan biasa. Jadi, setiap dakwaan yang mengatakan kami bercinta sebenarnya sekadar gosip semata-mata.
“Keserasian sesama kami muncul secara natural dan tidak dibuat-buat, selain masing-masing berusaha untuk memberikan yang terbaik seperti mana yang dikehendaki pengarah,”
“Saya tidak pernah mencampur-aduk urusan kerja dan peribadi sejak mula-mula menceburkan diri dalam bidang ini.
“Buat masa ini, belum masanya lagi untuk saya bercinta semula kerana banyak perkara lain yang perlu difikirkan.
“Jadi, ada baiknya saya kekal fokus terhadap perkembangan karier terlebih dahulu,”