Sayu baca luahan hati si ibu ini. Enam tahun dipinjamkan, akhirnya si kecil ini pergi menghadap penciptaNya. Kepada ibu bapa di luar sana, hargai masa bersama dengan kelaurga anda kerana kita tidak tahu bila saatnya mereka akan kembali kepadaNya.
Enam tahun ini, banyak benar silap saya pada dia dan banyak benda saya terleka. Saya lupa memeluknya setiap masa, lupa menyatakan rasa cinta, lupa menghargainya sepenuh jiwa. Itulah saya, ibu yang penuh cacat cela.