Masing-masing tahu berapa banyak sampah yang kita hasilkan dan ianya tentu banyak. Tapi sebanyak mana?
Untuk menyedarkan orang ramai berapa banyak sampah seseorang itu boleh jana dalam masa sebulan, lelaki ini berikrar untuk memakai semua sampah yang dia buat dan berjalan di sekitar bandar New York.
Rob Greenfield, yang juga seorang aktivis berkata dia berharap agar tindakannya itu memberi kesedaran kepada orang ramai.
Rob berkata kepada USA Today : "Ramai orang tidak sedar sebanyak mana sampah yang mereka buat. Jadi, untuk menyedarkan mereka, saya pakai sampah yang sudah saya buat selama sebulan.
Setakat ini, Rob telah pun di hari ke-14 kempen itu dan menurutnya respon yang diperoleh adalah positif - dengan ramai orang berhenti untuk menangkap gambarnya sebelum memuat naik di media sosial.
Setakat ini, sampah-sampah yang dikumpul oleh Rob telah pun seberat 13kg dan diramalkan akan mencecah 60kg apabila kempen itu tamat. - Rilekslah.my