Sunday, 2 October 2016

Ingin Melancong Bersama Tersayang, Tetapi Risau Akan Tangisan Si Kecil?, Ikuti Tip Ini Dan Anda Boleh Terbang Dengan Tenang





Dapat meluangkan masa bersama keluarga sememangnya satu pengalaman yang indah, terutamanya jika mempunyai ahli keluarga yang baharu, iaitu si kecil yang comel. Sebolehnya semua aktiviti yang dilakukan, mesti ingin bersama mereka, tidak mahu melepaskan peluang dan pengalaman dalam melakukan aktiviti baru.

Segala perancangan, semestinya membuatkan semuanya nampak mudah, mana tidaknya, apa yang diperlukan untuk si kecil, sudah tersedia, botol susu, 'stroller' mahu pun lampin mereka. Tetapi, apa yang tidak diduga, sering kali terjadi jua, lebih-lebih lagi jika melancong menaiki kapal terbang. Pengalaman inilah yang membuatkan kebanyakan pasangan sedikit gerun, risau akan menyebabkan ketidakselesaan pada penumpang lain.

Oleh sebab inilah, saudara Khairul Abdullah kongsikan tip apa yang perlu dilakukan jika ingin menaiki pesawat bersama bayi yang masih kecil, jom kita baca perkongsiannya.






Buat Begini Jika Anda Ingin Menaiki Pesawat Bersama Bayi Yang Masih Kecil

Ketika famili bersama anak kecil dipanggil untuk menaiki pesawat terlebih dahulu, biarkan pasangan atau anda sendiri sahaja yang naik awal bersama beg, stroller dan sebagainya bersama anak yang lebih besar jika ada.

Dah naik, siapkan tempat duduk, beritahu pramugari dan minta seatbelt khas bayi serta berikan botol susu kepada pramugari minta diisikan air suam dan buatkan susu.

Anda atau pasangan bersama bayi tunggu hingga menjadi orang yang terakhir menaiki pesawat.

Oleh yang demikian, bayi anda tidak akan merasa kurang selesa dan "overwhelmed" akibat melihat ramai orang yang sibuk mencari tempat duduk, menyimpan beg, bersembang dan sebagainya jika naik lebih awal.

Sewaktu menunggu untuk berlepas juga penghawa dingin di dalam kapalterbang kurang sejuk maka bayi boleh juga merasa kepanasan, tidak selesa dan meragam.

Jika anda yang terakhir memasuki pesawat, maka bayi tidak lagi perlu menunggu lama untuk berlepas. Bila dah duduk, pakaikan seatbelt dan berikanlan susu kepada bayi yang telah disediakan oleh pasangan anda yang naik lebih awal tadi.

Apa yang perlu lakukan jika bayi menangis?




1. Cuba Elakkan Bayi Menangis


Pertama sekali sebolehnya kena ambil langkah untuk elakkan anak menangis terlebih dahulu. Biasanya baby menangis sebab tekanan yang dirasai oleh gegendang telinga dan juga persekitaran baru dan asing untuk mereka.



2. Main Sampai Penat



Biarkan anak kecil (toddler) main sampai penat dan lapar. Biarkan bayi (baby) pun penat dan lapar dahulu sebelum flight. Jangan bagi sebarang minuman atau snack. Jadi sewaktu dalam flight, bagi minum dan makan ketika take off.

Kalau baby biasanya lepas tu dia akan terus tidur. Kalau toddler pun akan tidur juga sebab dah penat. Namun kalau belum, maka kena mula keluarkan mainan kegemaran dia, atau bawa mainan baru dan surprisekan dia.




3. Dukung Bayi



Kalau masih meragam dan menangis, dukung bayi dan berjalanlah bagi menteteramkannya bila dah boleh. Boleh berjalan dari hadapan ke belakang berulang kali sampai dia rasa biasa dan selesa.



4. Beri Apa Sahaja



Ini juga adalah waktu untuk memberi kepadanya apa sahaja termasuklah coklat atau gula-gula atau lolipop, mainan baru dan sebagainya. Pastikan beg anda mempunyai segalanya dari mainan kegemaran, mainan baru, makanan dan lain-lain. Elakkan mainan yang ada bunyi-bunyian agar tidak mengganggu penumpang lain.


Boleh minta plastic/paper cup dari anak kapal dan anda akan kagum bertapa cawan plastik tadi sangat digemari oleh baby dan toddler.






5. Jangan Panik



Anda sebagai ibu bapa juga perlu jangan panik. Jangan takut atau segan untuk dukung bayi dan berjalan sekiranya bayi masih menangis. Tunjukkan yang anda sedang berusaha bagi menenangkan anak anda, kalau ada yang menegur dan sebagainya, pohonlah maaf. Pasti ramai penumpang lain serta anak kapal yang akan cuba membantu anda sebaik mungkin.



Banyakkan berdoa semoga semuanya dipermudahkan. Selamat mencuba. - Siakap Keli