Friday, 14 October 2016

'Bosan Dengan Cerita Tak Berfaedah & Tak Henti-Henti Ini' - Lelaki Ini Tegur Media Gemar Terbit Berita Tak Berguna

Tags

'Bosan Dengan Cerita Tak Berfaedah & Tak Henti-Henti Ini' - Lelaki Ini Tegur Media Gemar Terbit Berita Tak Berguna




PUTRAJAYA - "Bukan nak pertikai, tetapi bosan dengan cerita tak ada faedah dan tak henti-henti ini," demikian kata netizen, Hairul Hero, yang menjadi perhatian di media sosial sejak semalam. 

Hairul berkata demikian mengulas tindakan media tempatan yang terlalu memberi publisiti kepada gadis penjual nasi lemak di Shah Alam yang viral di media sosial sejak bulan lalu. 

"Sebab apa? Sebab dia cantik ke? Keluar paper sekali dua, sudahlah. Ini tidak, dia tolak kerja, masuk paper. Dia grad, masuk paper. Dia buat sambal, masuk paper. Dia buka meja, masuk paper.

"Eh? Negara aku ini, memang semua otak suka buang masa ke apa? Tak habis dengan paper, berita pun masuk termasuklah radio-radio sampah ini pun.

"Kipidap dik, teruskan berniaga seperti biasa. Tak ada apa special pun nasi lemak awak itu. Sama saja seperti makcik-makcik lain," katanya. 

Sementara itu di media sosial, ramai netizen bersetuju dengan pandangan Hairul. Malah, netizen kecewa dengan sikap berat sebelah pihak yang hanya memberi publisiti kepada gadis itu kerana paras rupa.

"Dunia sekarang hanya kecantikan diutamakan. Pretty people gets better treats. Cubalah kalau perempuan itu hodoh, tak pandai, gemuk, hitam bagai, no one cares. No one," kata netizen.

Walau bagaimanapun, tampil seorang meminta netizen memahami apa yang cuba disampaikan oleh Hairul. Bukannya mengkritik paras rupa gadis penjual nasi lemak anak dara itu. 

"Apa yang lelaki itu (Hairul) cuba sampaikan ialah tentang pihak media yang gemar membuat liputan tentang cerita yang tidak berguna.  Saya percaya, gadis itu sendiri tidak meminta semua publisiti ini. 

"Dia langsung tidak memburukkan gadis itu. Dia cuma tidak berpuas hati dengan pihak media yang sudah terpesong," katanya.

Di kala gerai nasi lemak anak dara mendapat perhatian kebanyakan media, peniaga ini pula menerima nasib yang berbeza di mana gerai mereka dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan. 

"Baru kena rush dengan MBSA, tong gas dan payung kena angkut. Sembang dengan brader tu, dah 9 tahun minta lesen tetapi tak pernah lulus. 



"Kesimpulan yang aku buat, kalau nak dapat lesen, nama kedai kena ada nama Anak Dara. Kisah berniaga mesti viral," katanya. - The Reporter