Saturday, 1 October 2016

Berwaspada Dengan 5 Makanan Ini, Dilarang Sama Sekali Kepada Bayi Anda, Belum Masanya Lagi





Setiap insan mempunyai rasa kasih sayang antara satu sama lain, tidak kiralah mereka itu bersaudara atau pun tidak, ianya sudah menjadi norma dalam kehidupan seharian. Tiada seorang insan pun mahu melihat orang yang mereka kasihi disakiti atau ditimpa masalah, begitu jugalah kasih seorang ibu dan bapa kepada anak mereka.

Mereka yang telah menjadi ibu dan bapa, sudah semestinya menyayangi darah daging mereka sepenuh hati, tidak mahu melihat mereka kurang dalam apa jua keadaan, kalau boleh, sedari kecil lagi, ingin memberikan yang terbaik buat mereka, termasuklah makanan yang berkhasiat.

Namun begitu, tidak semua makanan adalah baik untuk mereka, khususnya bayi. Makanan bayi sudah semestinya tidak sama dengan makan kanak-kanak dan jauh berbeza sama sekali dengan makanan orang dewasa, bayi masih tidak boleh untuk merasai makanan lain. Jadi, admin ingin kongsikan, artikel dari seorang doktor mengenai makanan yang dilarang kepada bayi, mari kita baca apa yang ingin disampaikan oleh Dr Zubaidi Ahmad ini.




Awas 5 Makanan Ini Dilarang Kepada Bayi. Belum Masanya!

Kadang kala kita terlalu teruja untuk memperkenalkan makanan kepada bayi yang baharu mula makan makanan pejal. Kita rasa sudah memberikan makanan yang terbaik kepada si manja.

Tetapi tanpa diketahui kita sebenarnya telah memberikan makanan tidak sihat kepada si kecil. Ini kerana bayi tidak memerlukan banyak kalori, apa yang diperlukan adalah makanan yang kaya dengan nutrisi.

Ketahui beberapa jenis makanan yang masih dilarang untuk bayi.




1. Jus

Eh! Bukankah jus adalah minuman yang berkhasiat? Ya, jika yang meminumnya orang dewasa atau kanak-kanak sudah besar. Itu pun jika tidak menambah gula dalam jus tersebut. Namun, jus adalah minuman tidak sihat kepada bayi. Walaupun dihasilkan daripada buah, namun proses pembuatannya membuatkan khasiat baik daripada buah telah tiada. Lebih baik sajikan buah sahaja kepada bayi.




2. Makanan Proses

Jangan kerana alasan tidak sempat atau sibuk, anda memberikan makanan proses kepada bayi seperti daging burger proses, sosej atau nuget. Ini kerana makanan proses telah kehilangan segala khasiatnya semasa proses pembikinan. Lebih baik buat sendiri makanan olahan seperti nuget ayam yang dihasilkan daripada daging ayam yang dicincang dan dicampur dengan sayuran. Lebih sedap dan berkhasiat.






3. Minuman Berkarbonat

Kadang kala ada ayah atau ibu yang selamba memberikan bayi mereka merasa minuman berkarbonat yang sedang diminum. Alasannya kerana kasihan dengan wajah comel yang melihat minuman tersebut. Hakikatnya ia minuman terburuk jika diminum oleh bayi. Selain tidak berkhasiat, kandungan gula yang ada dalam minuman berkarbonat sangat tidak bagus untuk perkembangan gigi si manja.




4. Biskut

"Alah sikit je bagi baby rasa biskut ni." Mungkin bagi kita tidak mengapa bagi bayi merasa biskut yang kita makan. Tetapi sebenarnya ia tidak baik untuk kesihatan bayi kerana kandungan gula yang terlalu berlebihan dapat mengganggu pertumbuhan gigi serta berisiko obesiti. Lebih baik anda biasa beri bayi potongan buah-buahan sebagai makanan selingan.




5. Agar-agar

Sememangnya ia kelihatan menarik dan berselera. Apatah lagi jika si kecil melihatnya. Tetapi awas, jangan bagi bayi makan puding atau agar-agar kerana banyak kandungan gula, perasa dan pewarna buatan. Jika mahu sediakan makanan pemanis mulut kepada bayi, buat daripada olahan buah-buahan tanpa menambah gula, pewarna atau perasa.

Jangan ikut perasaan atau mudah berasa kasihan kepada si kecil yang nampak teringin dengan makanan tersebut. Fikirkan kesan buruknya kepada kesihatan bayi anda.







Biar kita membentuk mereka sedari kecil, dengan memberikan makanan yang berkhasiat, tidak mengapa jika ada yang mengata perbuatan ini, namun, bagi jangka masa panjang, kita sebagai ibu bapa telah memberikan yang terbaik buat mereka, In Shaa Allah si kecil akan membesar dengan sihat kelak. - Siakap Keli