Saturday 1 October 2016

"Bukan Saya Yg Nak, Suami Yg Ajar Saya Untuk Main Beramai-ramai Tapi Bila Saya Sangap Dan Dia Takde Dia Mula Salahkan Saya, Ini Bukti Suami Saya Ajar Saya, Lihat Sendiri"

Tags


Padah Suami Isteri Ajar Isteri Buat Maksiat, Isteri MENGAKU Secara LIVE Pernah Layan 6 Lelaki SERENTAK
 

Saya telah berkahwin dengan isteri setahun lepas. Biar pun baru namun kami sudah lama mengenali dan telah berkasih selama 10 tahun sebelum berkahwin. Sepanjang bercinta, kami tidak pernah menghadapi masalah yang besar dan jarang bergaduh.

Mengimbas apa yang berlaku sebelum berkahwin, kami sebenarnya pernah terlanjur dan kerana menurut hawa nafsu kami mengulangi perbuatan terkutuk itu. Satu hari, kami berdua ditangkap basah oleh keluarganya dan mereka bertindak memutuskan perhubungan kami. Kami akhirnya berjauhan kerana tinggal di negeri berlainan.

Saya terlalu mencintainya dan saya juga percaya dia mencintai saya pada masa itu. Selama kami berjauhan, dia tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sikap dan sentiasa membalas surat dan panggilan saya dengan penuh mesra dan kasih sayang. Dia juga pernah beberapa kali datang berjumpa dengan saya tanpa pengetahuan ibu bapanya. Pada saya, dialah wanita yang betul-betul istimewa dan mencintai saya sepenuh jiwa. Untuk pengetahuan puan sepanjang perhubungan kami, saya tidak pernah berlaku curang dengan perempuan lain walaupun saya banyak peluang untuk melakukan semua itu.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia dia dapat melanjutkan pelajaran di utara Semenanjung. Rupa-rupanya semasa melanjutkan pelajaran, dia telah berlaku curang dengan meniduri enam orang lelaki dan dalam masa yang sama masih menjadi kekasih saya. Perkara ini hanya saya ketahui setelah kami berkahwin.

Cukuplah di sini saya katakan bahawa dia terlalu mudah untuk menyerahkan diri kepada lelaki-lelaki tersebut walaupun dia tahu bahawa mereka tidak serius dengannya. Lelaki pertama yang dia tiduri adalah rakan sibernya dan mereka melakukan hubungan seks pada kali pertama mereka berjumpa.
Seterusnya, lelaki-lelaki yang hadir dalam hidup dia hanyalah untuk memuaskan nafsunya sahaja kerana saya tidak dapat bersama dengannya atas masalah kewangan yang tidak mengizinkan saya berjumpa dengan dia selalu.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup bersama dengan lelaki lain dengan begitu mudah dan dalam masa yang sama masih menjalinkan hubungan dengan saya? Kenapa dia memilih saya untuk dijadikan suami? Sudah puaskah dia melampiaskan nafsunya kepada lelaki-lelaki itu? Apa pun dia telah pun sah menjadi isteri saya sekarang. Perkara ini telah diceritakan oleh isteri semasa kami berbual kosong empat bulan lepas. Saya menguji dirinya bercerita tentang perkara yang pernah dilakukan dulu. Saya tak pernah terfikir bahawa dia sanggup berkelakuan sedemikian. Saya betul-betul percaya bahawa dia setia dan mencintai saya sepenuh hati.

Lelaki pertama menidurinya (rakan siber) itu rupa-rupanya adalah kawan kepada kawan saya sendiri. Rakan itu pernah bercerita dengan kami tentang seorang wanita yang sanggup menidurinya walaupun baru pertama kali bertemu. Pada masa itu, kami semua mentertawakan wanita tersebut. Saya sendiri menganggap wanita itu bodoh kerana menyerahkan kehormatannya pada lelaki yang baru dikenali, Namun saya tidak menyangka bahawa wanita tersebut adalah isteri saya saat ini.

Sekarang ini, saya mohon nasihat puan bagaimana saya hendak menghadapi dugaan yang begitu berat ini. Masih wujud rasa kasih sayang kepadanya tetapi cinta itu semakin pudar. Pada hari akad nikah kami, saya nekad untuk membahagiakan dirinya dan tidak akan menduakan dia tetapi rupa-rupanya dia yang terlebih dahulu menduakan saya.

Bagaimana saya hendak teruskan hidup dengannya. Saya tahu kesalahan ini kisah lama, kira-kira lapan tahun lalu sebelum dia menjadi isteri saya? Saya tidak dapat terima dia boleh berlaku curang pada saya dan dalam masa sama, tidur dengan lelaki lain!

Saya betul-betul keliru. Tolonglah, bagaimana harus saya selamatkan perkahwinan kami?
Sekarang ini, kadangkala saya masih ok tapi ada kala murung dan tidak tentu arah. Saya takut jadi gila. Untuk makluman juga, buat masa ini kami tinggal berjauhan, saya di Semenanjung manakala isteri di luar Semenanjung. Sesekali kami akan bertemu. Dia memang menunjukkan sikap mahu berubah dan cuba menawan hati saya tetapi tamparan yang diberi terlalu hebat bagi saya.