Tuesday 16 August 2016

17 bulan mengandung, masih belum bersalin

Tags


Setelah 17 bulan mengandung, Wang Xi masih menunggu penuh sabar detik kelahiran anaknya ini.
HUNAN - CHINA. Wanita ini sepatutnya sudah bersalin November tahun lepas, namun sehingga hari ini, sesudah 17 bulan, masih belum ada tanda-tanda menunjukkan bayi di dalam perutnya dapat dilahirkan.
"Saya pun sendiri rasa malu kenapa saya mengandung begitu lama. Saya harap bulan depan saya dapat lahirkan bayi ini dengan selamat," kata Wang Xi.
Mengikut kiraan doktor, Wang Xi dijadualkan bersalin pada 15 November tahun lalu, namun ketika menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan masanya masih belum tiba untuk dia bersalin.
"Saya dan suami seperti sudah hilang sabar. Boleh dikatakan sekurang-kurangnya seminggu sekali saya pergi ke hospital melakukan pemeriksaan dengan harapan boleh bersalin.
"Saya telah melakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya 30 kali dengan bayaran tidak kurang 10,000 yuan (RM6,000), bayi dalam kandungan tetap tidak dapat dilahirkan," katanya.
Menurut Wang Xi, ketika mengandung ke-14 bulan, dia sudah meminta doktor untuk melakukan pembedahan caesarean.
"Tetapi doktor tolak permintaan saya kerana katanya, bayi dalam kandungan saya masih belum matang.
"Doktor minta saya bersabar kerana bayi masih selamat dan sihat dalam kandungan saya. Jadi terpaksalah saya tunggu sehingga hari ini," katanya.
Mengikut seorang pakar sakit puan, dalam dunia perubatan, wanita yang pernah mengandung paling lama di dunia ialah selama 13 bulan.
"Inilah kes luar biasa bagaimana seseorang wanita mampu mengandung selama 17 bulan. Saya sendiri hairan dan tidak mampu jawab keadaan pelik ini," katanya.