Wednesday 17 August 2016

Awal Ashaari Dimarahi Peminat Lara Alana

Tags


Pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al Yahya dikurniakan seorang anak yang comel bernama Lara Alana.

Lara Alana amat popular sehinggakan dia bakal ke udara di rancangan televisyen menerusi program realiti "Lara Oh Lara" (LOL).

Awal turut meluahkan rasa gementar menantikan maklumbalas orang ramai terutama peminat Lara berkenaan dengan program realiti berkenaan. 

Selain itu, oleh kerana Lara amat popular, Awal juga memberitahu pengikut IG Lara selalu memarahinya dengan teruk apabila merasakan dia salah mengasuh anaknya itu.


Ini komennya:

GEMENTAR LOL 

“Sebagai pasangan yang baru sahaja bergelar ibu bapa, saya dan isteri rasa gementar menantikan penerimaan orang ramai yang bakal menyaksikan LOL. Program ini memaparkan cara kami mendidik dan membesarkan Lara.


CARA ASUH BERBEZA

“Cara mengasuh anak berbeza. Mungkin ada perkara yang kami buat tidak sama dengan ibu bapa lain. Ada perkara dan cara asuhan sesuai dengan kami, tetapi mungkin juga tidak sesuai dengan orang lain.


EDUTAIMENT

“Selain itu, program LOL juga turut menyelitkan unsur ‘edutaiment’. Dalam gementar, kami juga teruja menantikan program ini bersiaran kerana kami berharap agar LOL menjadi panduan untuk mereka yang baru bergelar ibu bapa,” 


DIMARAHI PEMINAT LARA

“Kadang-kadang, ada pengikut Lara menegur saya tentang apa yang saya lakukan kepada Lara. Ada juga cakap apa yang saya buat tidak betul. Lebih teruk, ada juga yang marah-marah. Pengikut Lara sangat mengambil berat mengenai perkembangan dia.

“Jika saya tidak memuatnaik gambar di akaun Instagram Lara, ada peminat yang meninggalkan komen di Instagram saya atau isteri dan meminta agar kami mengemaskini akaun Lara. Saya tidak berasa rimas dengan perkara tersebut kerana saya tahu mereka buat begitu kerana mereka sayangkan Lara,”