Kisah yang bakal kami kongsikan ini biasanya berlaku di luar negara dan juga movie! Kali ini ia berlaku di Malaysia. Maka, satu kerugian jika kami tidak kongsikan kisah ini dengan anda. Ia bakal membuatkan kita berasa kagum dan speechless kerana masih ada orang yang mahu melakukan kebaikan untuk orang yang tidak dikenali...
Seorang lelaki telah memberhentikan keretanya di tengah jalan untuk membantu seorang lelaki tua yang sedang menolak kereta yang rosak. Perbuatan lelaki itu diperhatikan oleh seseorang dari jauh yang mengagumi tindakannya itu. Usai membantu, pemerhati itu jalan ke arahnya dan menyerahkan 1 nota sambil memintanya membaca nota tersebut selepas 5 minit. Dia berlalu pergi...
Selepas 5 minit, lelaki ini membuka nota itu. Dia speechless apabila membaca nota tersebut yang turut disertakan sejumlah wang buat belanja makan malam. Ini semua diberikan oleh pemerhati itu bagi menghargai kebaikan yang telah ditonjolkan olehnya sewaktu membantu lelaki tua tadi. Lelaki yang dimaksudkan itu ialah Khairol Izwan. Khairol Izwan telah berkongsi kisah ini di Facebook dan Instagram. Dia tersentuh hati dan gembira dengan kehadiran nota tersebut...
Ini adalah nota yang diterimanya:..
.
Terjemahan:
“Saya nampak awak keluar dari kereta di tengah-tengah jalan tadi di SS15 Subang untuk membantu menolak kereta seorang lelaki tua. Saya sangat mengagumi tindakan kebaikan awak ini, tidak ramai orang memiliki masa untuk perkara seperti itu lagi. Terima kasih. Sila menikmati makan malam yang bagus. Saya belanja. Tuhan memberkati anda! Anda berhak ini!”..
Sama-sama kita doakan semoga Allah merahmati dan membalas kebaikan Khairol Izwan dan orang yang menghargai kebaikannya itu. Semoga kisah ini dapat menjadi inspirasi kepada kita dalam melakukan kebaikan dalam kehidupan kita seharian. Aura positif ini patut disebarkan di dalam masyarakat kita....