Sunday 14 August 2016

Jika Anda Berwajah Bulat Dan Berpipi, Cubalah Baca 4 Tips Bagaimana Memakai Hijab

Tags


Menjadi satu trend memakai hijab bukan lagi sesuatu yang mengejutkan.Bahkan semakin ramai wanita muslimah menyedari kewajipan mengenakan hijab untuk menutup aurat.

Di samping itu, masing-masing juga berlumba-lumba untuk tampil muslimah dan tetap penuh gaya walaupun berhijab sehinggakan hijab mempunyai fesyen tersendiri dan mampu menguasai pasaran.

Dalam mengenakan hijab anda juga harus memperhatikan bentuk wajah anda agar nampak menarik dan menyenangkan. Ramai wanita berhijab yang berasa rendah diri kerana mempunyai bentuk wajah bulat serta pipi yang chubby.Anda bagaimana pula?

Jika anda tersenarai dalam kategori mereka yang berwajah bulat dan berpipi chubby sudah pasti anda sering bingung tentang potongan atau rekaan hijab yang sesuai dan tepat untuk digayakan dengan betuk wajah yang dimiliki.Anda juga pasti berusaha untuk mencari rekaan hijab yang mampu menutupi pipi chubby dan wajah bulat anda itu.

Sebenarnya untuk mengatasi masalah pipi chubby memang memerlukan perhatian yang lebih kerana jika tersalah memilih material dan betuk hijab, anda boleh kelihatan semakin membulat dan chubby.

Berikut beberapa tips memakai hijab buat anda yang berwajah bulat dan berpipi chubby:

1. Pilih Anak Tudung (Inner) Yang Sesuai
Anak tudung atau inner mempunyai pelbagai jenis rekaan dan ia tidak semestinya sesuai untuk digayakan ke semua jenis wajah. Anda yang memiliki wajah chubby, perhatikan ukuran anak tudung tersebut. Jangan sampai anak tudung tersebut kecil saiznya, sehingga menekan pipi anda. Secara tidak langsung ia membuatkan pipi anda kelihatan semakin chubby.

Untuk wajah chubby, sebaiknya pilihlah inner neck jenis awning yang sedikit panjang. Ia akan memberikan kesan wajah yang lebih lonjong sehingga anda boleh menyembunyikan pipi anda yang chubby itu.

2.Pastikan Material Dan Rekaan Hijab Tepat
Si chubby atau si pipi tembab tidak boleh sembarangan dalam mengayakan hijab. Anda disarankan memilih rekaan hijab yang boleh memberikan kesan wajah yang nampak tirus. Untuk menyembunyikan kesan chubby, gayakan hijab tersebut hingga ke bahagian pipi.

Di samping itu, pilihlah material hijab yang ‘jatuh’ sehingga memberikan efek wajah tirus. Elakkan mengayakan hijab daripada material sutera yang ‘jatuh’ kerana ia boleh mempertegaskan wajah chubby anda itu.
Selain itu, untuk memberikan kesan tirus, anda disarankan memakai hijab dengan warna polos gelap. Hijab yang bermotif akan menampakkan lagi wajah bulat dan pipi anda yang chubby itu, jadi jangan pakai ya!

3.Hindari Hijab Yang Berlapis
Selain menghindari hijab daripada material sutera yang ‘jatuh’, anda juga perlu elak daripada memakai hijab berlapis. Hijab yang berlapis akan menambah volume pada wajah anda sehingga wajah anda akan kelihatan semakin chubby dan berisi. Anda juga tidak disyorkan memakai pashmina yang tebal.Sebaiknya, anda pilih pashmina atau hijab daripada material nipis, tetapi tidak jatuh.

4.Lebih Selektif Dalam Memilih Aksesori
Tidak semua aksesori boleh digayakan dengan wajah bulat dan pipi chubby. Oleh sebab itulah, anda yang perlu selektif dalam memilih aksesori yang akan dipakai.Jangan menambah aksesori di bawah telinga kerana ia akan membuatkan wajah anda kelihatan semakin lebar. Selain itu, elakkan memakai aksesori yang terlalu besar.