GEORGETOWN, 2 Okt: Polis sedang mengesan pemandu kereta yang terlibat dalam kemangan yan gmenyebabkan dua maut di Lebuhraya Lim Chong Eu awal pagi tadi.
Menurut Ketua Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid, siasatan awal mendapati kereta itu dipandu oleh seorang lelaki yang dalam perjalanan dari Bayan Lepas.
"Kedua-dua mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Kami sedang mencari pemandu kereta terbabit," katanya sebagaimana lapor Bernama.
Mangsa, Mohamad Faris Md Nasir dan Yusman Arief Jamaluddin masing-masing berusia 19 dan 21 tahun.
Mayat telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Sumber : BH Online