Saturday, 15 October 2016

Pendedahan Yang Sangat Mengejutkan Dari DARUSSYIFA Tentang Makhluk Halus Yang Anda Perlu Tahu

Tags

SELAIN muncul dalam rupa bentuk yang menakutkan, makhluk halus jelmaan jin dan syaitan juga mampu mendatangkan mudarat dengan cara rasukan dan mendatangkan pelbagai penyakit ganjil.




Penolong Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Huzaifah Jalal Asnawi berkata, Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah ayat 10;


”Dan tidaklah mereka itu (makhluk-makhluk halus) memberi kemudaratan sedikit pun kepadamu, mana-mana orang, melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka”


Beliau berkata, ayat tersebut jelas membuktikan bahawa kewujudan jin dan syaitan serta keupayaannya mendatangkan mudarat kepada manusia sekiranya diizinkan Allah.


“Sebagai musuh, syaitan memang suka mengganggu manusia. Mereka boleh lakukan pelbagai bentuk gangguan termasuk yang memudaratkan.

“Sepanjang sembilan tahun dalam rawatan Islam, saya sudah tengok bermacam-macam jenis gangguan makhluk halus, sebahagiannya yang datang dari hutan.

“Jangan pandang ringan sebab ia boleh memudaratkan dan mesti dipulihkan dengan kaedah rawatan yang betul,” ujar salah seorang perawat Pusat Rawatan Kecil Darulsyiffa, Putrajaya itu.


Huzaifah berkata, jin dan syaitan mendampingi manusia melalui dua cara iaitu dengan memilih sendiri manusia yang disukai dan mencari mangsa mengikut apa yang diarahkan kepada mereka, iaitu melalui perbuatan sihir.


Tambah beliau, antara golongan yang mudah terkena gangguan makhluk halus adalah mereka yang berada dalam keadaan lemah, mengalami tekanan dan kekusutan fikiran.


Mengenai gangguan makhluk halus di hutan, Huzaifah berkata, gangguan boleh berlaku tanpa mengira tempat kerana jin dan syaitan wujud di mana-mana sahaja.


Cuma kata beliau, agama Islam mengingatkan umatnya supaya berhati-hati dan menjauhi beberapa tempat yang menjadi ‘tempat kegemaran’ jin dan syaitan.


“Antaranya adalah tempat yang sepi, lembah, laut, rumah-rumah kosong yang ditinggalkan, tempat yang berlubang (gua), tempat kotor dan tandas.

“Kawasan yang sepi itu termasuklah kawasan hutan dan gunung-ganang yang terpisah jauh dari penempatan manusia,” katanya.

Sehubungan itu beliau menasihatkan mereka yang kerap melakukan aktiviti di hutan supaya sentiasa melindungi diri dengan bacaan doa dan ayat al-Quran sebelum masuk ke hutan.


“Masuk ke hutan boleh tapi berhati-hati sebab kedatangan kita mungkin mengganggu kawasan mereka,” ujar beliau yang menjalankan perkhidmatan rawatan Islam di Surau Wahbah Zuhaily, Presint 18, Putrajaya pada setiap malam Sabtu.