Monday, 3 October 2016

Netizen Gesa Polis Siasat Penonton Aib Jalur Gemilang



ORANG ramai hari ini menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap segelintir penonton Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia di Sepang yang dikatakan mempersenda dan mengaibkan Jalur Gemilang semalam.


Menerusi pautan bergambar yang dimuat naik di laman Facebook Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia – YKKM, rata-rata netizen marah dengan penonton F1 yang dipercayai merupakan rakyat asing, menghina Jalur Gemilang dengan menjadikan bendera Malaysia itu sebagai seluar dalam.



Seorang netizen,Muhamad Isa Ibrahim turut memuat naik komen; “Negara kita dah dipandang rendah oleh bangsa lain…esok-esok melayu-melayu di ludah-ludah pula..” manakala Taycoon Ranger pula memberi komen “Seolah-olah mempersendakan negara kita tuan..“.





Dalam pada itu, Srikandy Osanthy Nunha Salia yang turut marah dengan insiden berkenaan memuat naik status “indeed immoral and insulting state malaysia (Memang tidak bermoral, menghina negara Malaysia“.


Ada yang turut berpendapat berkemungkinan warga asing berkenaan tidak memahami konsep negara Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan penuh dengan nilai-nilai murni.


Habaq kat deme dengan cara sebaik-baiknya, deme ni tak faham..banyak underwar bendera US dan Great Britain dan lain-lain negara di pasaran,” kata Omaribrahim Omar.


Bagaimanapun menurut sumber terkini, kesemua mereka difahamkan telah ditahan namun tidak dapat memastikan bentuk tindakan yang dikenakan. -MYNEWSHUB.CC