Eleena memang dari zaman kitorang kenal, dia tidur sebelum jam 11 malam. Aku kahwin dengan dia pun salah satu sebab dia jenis tak huha huha sana sini, melepak tak tentu hala walaupun masa dia bujang. Tapi sekarang bila ada Farrel, pukul 8-9 malam both confirm dah hanyut. Confirm.
Cuba bila isteri kau tidur, kau tengok muka diorang. Tak kesian ke? Macam tulah rupa penat mak kau nak besarkan anak anak dia. Bukan senang bro. Kau sbg suami jangan pandai order je. Tak payah cakap orang, aku pun malas jugak kekadang. Fikir pasal bisnes, pasal client, pasal staff, pasal sales, pasal hutang, pasal bil apa semua. Kau tau tak siapa yang fikir pasal kau selain dari orang tua kau? Isteri tercinta. Ada kawan kau fikir pasal kau anak bini, pampers susu keperluan diorang?
Bila jadi suami ni, jangan ego jangan sombong. Tak kemana weh. Banyak dah aku tengok, semata mata ego kau lukakan hati orang yang fikir pasal kau siang malam, yang jaga makan pakai kau setiap hari. Susah ke nak cakap I Love You setiap hari? Susah ke nak cakap terima kasih bila makan masakan isteri?
Kau tau tak setiap pujian kau pada isteri, diorang punya bangga dan kembang bermangkuk mangkuk bro. Padahal kau cakap slow je kat sebelah dia, "you cantiklah hari ni, terima kasih sebab sudi jadi isteri dan mummy untuk anak anak i". Settle bro. Kau tengok layanan diorang kat kau, 1st Class! Bukan kau layan isteri macam khadam. Kau siapa? Tuan? Ini bukan soal romantik, cuma menghargai pasangan yang separuh mati lahirkan zuriat kau, yang memperjudikan hidup dia demi kau yang bukan siapa siapa.
Kau tau tak penat mengurus rumah tangga ni lebih lebih lagi bila ada anak. Sebelum kahwin kau gatal nak pegang tangan dia kan, haa kau pegang tangan dia sekarang. Tak selembut dulu bang. Tengok kuku dia, tak sekilat dulu. Kau nak cakap dia tak reti jaga? Kau tengok baju kau yang berlipat dan bergosok cantik tu, kau tengok rumah kau yang bersih wangi tu.
Isteri kau yang dulu, fizikalnya takkan sama lepas kahwin dan ada anak. Takkan walaupun ada isteri maintain kurus tapi kau sbg suami cuba tengok, eyebag dia. Tengok wrinkles kat mata dia. Tengok rambut dia. Tak sama. Cuma yang yang sama atau lebih adalah cinta dia pada kau. Takkan berkurangan seinci pun. Tapi kau? Pantang silap sikit pantang terkurang sikit, kau terus marah terus maki, terus niat nak pasang lain, cari lain.
Cuba jadi jantan yang berguna sikit, bukannya jantan keberet. Cuba tukar tugas suami & isteri. Baru kau tahu erti penyesalan dan baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tau mana nak cari spender cari stokin. Dah memang tugas isteri sediakan makan pakai suami? Memang tanggungjawab isteri jaga makan pakai anak? Habis apa tugas dan tanggungjawab kau? Goyang telor order itu ini? Kau pahamkan betul betul apa tugas suami apa tugas sebagai bapa. Takkan tak tahu, macam mana kau boleh jadi suami jadi bapa?
Jangan lepas tangan biar isteri yang buat semua, isteri yang fikir sorang sorang terutama pasal anak. Takat hulur duit kau dah rasa gah? Sebelum kahwin pun isteri kau reti cari duit sendiri lah brader. Kau bukannya hebat mana pun. Tengah bulan kau senak, isteri jugak yang kau cari kalau dia ada income. Isteri dan anak adalah orang yang paling layak untuk kau bawak berjalan, untuk kau manja dan mewahkan selain dari orang tua kau. Bukannya kawan kau yang entah pape bukannya awek yang dahi licin kau baru kenal tu.
Senangkan anak isteri, in shaa Allah pasti Dia mudahkan urusan kau, luaskan rezeki kau dengan penuh keberkatan. Allah dah janji, rezeki orang tua, isteri dan anak anak sentiasa ada, pasti ada. Tak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Ingat bro, isteri senyum pada kau pun dikira satu nikmat dan rezeki tau. Isteri kecik hati dengan tingkah laku suami, mulut suami adalah salah satu punca rezeki sempit. Kalau suami kecik hati dengan isteri lagilah. Nauzubillah.
Balik ni duduk sebelah isteri, tanya dia apa impian dia sebelum kahwin dengan kau. Apa impian dia lepas jadi isteri kau. Apa yang dia nak dalam perkahwinan yang korang bina. Jangan malu jangan segan. Bila suami dan isteri bersatu hati, Allah, hebatnya pelbagai rezeki yang akan dinikmati. Isteri ni mulut diorang memang bising, memang pedas. Tapi apa lagi yang akan menceriakan rumahtangga kau? Handphone? Tv? Internet? Nak sunyi, tak nak dengar pasangan membebel, kau pergi hidup dengan geng kunyit pintu belakang tu.
Cukup dengan 'Terima Kasih Sayang' berhari hari senyuman diorang terukir. Kekadang bila dah masuk setahun dua kahwin, kita jadi lupa sebab hidup kita dah jadi rutin. Hari hari ulang benda yang sama. Ramai yang nakkan perkataan Terima Kasih dan I Love You ni nampak mahal so tak nak selalu cakap, takut bosan. Percayalah, satu hari nanti bila pasangan kau dah mula bosan, tak ada perkataan yang boleh buat diorang berpatah balik.