Sudah pasti ramai antara kita pasti mengenali Chef Selebriti ini iaitu Chef Riz yang juga merupakan kepada Chef Wan yang dikenali begitu cerewet dalam bab citarasa.
Gelagat beliau selalu kita lihat di dalam televisyen mengacarakan rancangan masakan, apabila melihat beliau memasak, sudah pasti ramai tertanya-tanya sedapkah resepi yang dikongsikan oleh beliau itu.
Kini, anda sudah boleh mencuba masakan menggunakan resepi beliau dan jika bernasib baik anda dapat merasakan sendiri bagaimanakan rasa air tangannya, ini kerana sebuah restoran bernama Flavours Kitchen yang terletak di Dataran Jelatik, Kuala Lumpur telah menyajikan makanan di restoran mereka menggunakan 100% resepi Chef Riz.
Melangkah kaki kami masuk ke dalam restoran kecil berkenaan, dekorasi yang diberikan sudah menarik perhatian kami, malahan lebih tertarik apabila menu diberikan terdapat wajah Chef selebriti ini di depannya.
Menurut pengusaha Restoran ini yang ramah dipanggil Kak Ija yang merupakan rakan karib Chef Riz, Chef telah menurunkan semua resepi kepadanya yang terkenal tanpa tambahan sebarang perasa makanan(MSG) untuk diberi peluang kepada orang ramai mencuba lebih100 menu yang disediakan dengan harga yang amat berpatutan dengan saiz makanan besar.
Seperti di dalam gambar ialah nasi goreng kampung, dengan harga RM20 anda akan dapat nasi goreng, dua ekor udang harimau, satay, telur mata, keropok dan sambal.
Sudah pasti ianya amat berbaloi dengan apa yang dibayar pelanggan selain rasa makanannya yang sudah pasti bercitarasa tinggi hasil resepi chef terkenal ini.
Selain itu, untuk memudahkan pelanggannya yang datang berkeluarga, pasti masing-masing mempunyai citarasa tersendiri, oleh Flavours Kitchen menawarkan 3 jenis variasi makanan iaitu masakan barat, Asian, dan Timur Tengah.
Dan masakan paling laris kerana ramai orang ingin mencuba yang agak sukar didapai di Malaysia iaitu Escargot yang sudah pasti halal.
Jom lihat apa yang menarik lagi di restoran ini.
Live dari Papa Bo setiap malam menghiburkan pelanggan. Sporting sangat!
Antara menu lain yang ditawarkan.
Selain makanan, dessert yang disediakan cukup sedap dan menarik.
Selain itu, Flavours Kitchen menerima apa jua tempahan atau keraian, contoh, harijadi, mereka meyediakan kek untuk sambutan hari jadi dengan hiasan yang dikehendaki pelanggan.
Memang rugi jika tidak mencuba walaupun sekali, kerana jika anda inginkan citarasa tinggi yang sedap dan tidak mengecewakan, wajib cuba masakan di Flavours Kithen ini, pasti tidak menyesal.
Gambar yang dipaparkan hanya terlalu sedikit dari 100 menu yang ada, tak rugi datang.
Lokasi restoran ini ialah di
Flavours Kitchen,
Dataran Jelatek, Jalan Jelatek,
Kuala Lumpur 54200
(bertentang dengan stesen LRT Setiawangsa)
03-4252 4484
Facebook: Flavours Kitchen
- Rilekslah.my