Saturday, 1 October 2016

10 Jenis Tabung Perlu Anak Muda Perlu Tahu Demi Rancang Simpanan Masa Depan







Ramai sebenarnya anak muda diluar sana tersilap langkah gara-gara cuba memenuhi impian yang sekian lama mereka simpan, ada yang baru bekerja tiga hingga empat bulan membelia aset susut harga dan menanggung hutang yang lama.

Keadaan ini sedikit sebanyak sudah pasti mengganggu perbelanjaan bulanan mereka, apatah lagi untuk menyimpan bagi merancang masa depan, lainlah gaji besar, tapi itu pun perlu juga menyimpan.

Tidak salah untuk memiliki aset susut nilai yang kita impikan, tapi seeloknya jika baru bekerja, simpanlah dahulu sedikit wang gaji anda untuk merancang kesenangan di masa hadapan, bila dah ada komitmen terlalu tinggi memang susah untuk menyimpan.

Bagaimanakah untuk menyimpan? Perunding hartanah Saudara Harith Faisal dan  Azizul Azli Ahmad telah sepakat menyatakan anak muda perlu mewujudkan tabung simpanan.

Oleh itu mereka telah mencadangkan 10 jenis tabung simpanan anak muda perlu ada atau pilih.

Jom kita baca.





10 JENIS TABUNG ANAK MUDA


Menyimpan duit perlukan usaha dan teknik yang betul agar kita tak bosan.

1. Tabung Duit Syiling.

Tiap kali balik kerja, semua syiling yang bertimbun tu, kita masukkan dalam tabung siling di rumah. Lebih mulia masukkan dalam tabung anak kita.






2. Tabung 10% Gaji Kita


Lakukan secara konsisten setiap kali gaji.Jangan ambil duit ini. Simpan dan lupakan sahaja. Lepas dah terbiasa, boleh upgrade ke 20% atau 30%.




3. Tabung Hijau.


Setiap kali jumpa duit hijau (RM5), asingkan dari beg duit kita, sampai rumah masukkan dalam tabung warna. Seronok tengok tabung penuh warna hijau.








4. Tabung Oren.


Bila maqam dah tinggi sikit, barulah mula tabung oren (RM20) ni. Kita akan kagum sendiri bila bukanya nanti. Duit kita kurang sikit saja dari duit yang menteri ada.






5. Tabung Haji Umrah.


Simpan RM150 konsisten setiap bulan. Dengan dividen 5%, selepas 5 tahun, kita dah ada cukup RM10K. Boleh guna untuk pergi umrah. Kalau simpan RM300 pula, dapat double, boleh pergi dengan pasangan.






6. Tabung ASB.


Mohon sijil ASF financing RM50K, tempoh pembiayaan 30 tahun, bayar bulan RM275. Dividen 7.25% jangan diusik. Terminate sijil selepas 5, kita dapat RM24K.


Baca link di bawah ni untuk tambah ilmu


Klik SINI




7. Tabung Rumah.


Nak beli rumah, kena ada 15% daripada harga rumah untuk duit muka, yuran guaman dan lain-lain. Kalau nak beli rumah RM100K, maksudnya kita kena ada RM15K. Kalau nak beli rumah RM200K, kira sendiri.






8. Tabung Kecemasan.


Tabung kecemasan tiga bulan gaji wajib kita kena ada. Contoh gaji RM2K kena ada RM2K x 3 = RM6K. Lepas berjaya tu, upgrade jadikan tabung kecemasan enam bulan gaji pula.






9. Tabung Kahwin.


Tabung kahwin ni penting untuk elak ambil personal loan. Mula buat tabung kahwin ni walau belum jumpa calon yang sesuai. Lelaki dan perempuan, dua-dua kena ada tabung ni.






10. Tabung Keriangan.


Teringin juga nak reward diri sendiri, kan. Tak salah nak enjoy kalau kita rancang dengan baik. Sebulan simpan RM100. Setahun dah ada RM1,200. Bolehlah pergi melancong dan berhibur.







Kita saja yang boleh kawal tabungan kita. Jangan selalu sangat kata "Duit tak cukup macam mana nak simpan?".


Memang padan muka kita. Doa kita termakbul sebenarnya. Mula sekarang bukan asyik merungut saja. Harith Faisal dan Azizul Azli Ahmad

Pendapat admin, jika tak mampu wujudkan semua, cukuplah ada dua atau tiga simpanan yang dinyatakan seperti diatas, apa pun perlu ada simpanan walupun sedikit. selamat mencuba demi masa depan kita. - Rilekslah.my