Friday, 30 September 2016

Bentley GT Hilang Kawalan Masuk Menara Milenium, PJ








KUALA LUMPUR 30 Sept. - Sebuah kereta Bentley GT yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 50 tahun hilang kawalan dan termasuk ke dalam Menara Milenium, Petaling Jaya dalam kejadian yang berlaku pagi tadi.

Menurut Utusan Online, kejadian tersebut berlaku selepas pemandu tertekan pedal minyak ketika mahu mengambil tiket tempat letak kenderaan.

Jurucakap polis berkata, kereta yang dinaiki oleh individu tersebut terlajak ke hadapan dan terlanggar tiang besi sebelum merempuh cermin sehingga memasuki

Menurut jurucakap polis, ekoran daripada itu, kereta yang dinaiki individu terbabit terlajak ke hadapan dan terlanggar tiang besi sebelum merempuh cermin sehingga memasuki bangunan berkenaan.

Pada masa ini, kita hanya menerima laporan polis daripada pemandu kenderaan manakala tiada aduan dibuat daripada pihak atau pemilik premis,” katanya.

Kemalangan itu menjadi perhatian orang awam selepas gambar kejadian dimuat naik dan disebarkan pengguna laman sosial.