Thursday, 4 August 2016

Luahan Hati Madu Adira, Datin Red

Tags


Nama Dato Red kini semakin menjadi sebutan ramai ekoran kisahnya dengan pelakon Ruhainies menjadi viral.

Dato Red kini sudah berkahwin dua iaitu isteri pertama bernama Syarifah atau Datin Red manakala isteri keduanya ialah Adira.

Ini komen dari Datin Red:


BIAR SUAMI YANG SELESAIKAN

“Apa yang berlaku di luar sana biarlah suami saya sahaja selesaikan, dia yang mula cari masalah. Mengapa saya perlu pening kepala fikirkan masalah dia? 

“Saya tidak tahu pasal orang luar mengecam atau marah dia, yang pasti hubungan saya dengan dia bahagia,”


HATI SEPERTI BATU, TAPI BOLEH PECAH JUGA

“Entahlah, mahu kata hati ini seperti batu, batu juga boleh pecah. Cukuplah saya kata saya sudah lali, sebab masak benar dengan perangainya.

“Apa yang kuatkan saya adalah anak-anak, dan satu tip untuk hidup bersama suami saya ini. Jangan bebankan dia dengan masalah di rumah. Sebab itu sehari dua yang lalu, ketika satu Malaysia kecoh mengenai kisah Datuk Red dengan artis Ruhainies, bila dia pulang ke rumah sepatah pun saya tidak bertanya soalan yang sama,” 


KAHWIN UMUR 19 TAHUN

“Saya berkahwin ketika berumur 19 tahun, memang selepas 10 tahun tiada apa yang saya dapat rasakan selain sayang kepada dirinya mungkin juga sebab anak-anak.

“Kami mula mengalami kehidupan yang lebih senang sejak tiga tahun yang lalu, apabila perniagaan suami semakin baik,” 

“Saya percaya kepada jodoh, selagi ada jodoh saya akan bersama dia. Soal bermadu, saya rasa mana-mana wanita juga sama. Macam mana hancurnya hati saya ketika dia berkahwin dengan Adira, mungkin Adira juga merasai perkara yang sama kini.

“Cumanya selagi dia suami, saya akan pastikan menjadi isteri yang baik buat dirinya,”


Ini beberapa gambar dimuatnaik oleh Datin Red: