Thursday, 4 August 2016

Ini Kisah Sebenar Adlin Aman Ramli Ditahan Polis

Tags

Pelakon Adlin Aman Ramlie tampil membuat satu sidang media setelah berita dirinya ditahan polis tersebar meluas.

Adlin tidak menolak dirinya terperangkap dan telah eksploitasi oleh sindiket pelaburan haram sehingga ditahan pihak polis pada Rabu lalu.

Adlin menegaskan  tidak terlibat dalam sebarang aktiviti seperti diperkatakan dan dijadikan 'kambing hitam' bagi kepentingan pihak tidak bertanggungjawab.

Menjelaskan situasi sebenar, Adlin mengakui dia banyak terlibat dalam program MLM namun hanya sebagai penampilan khas ataupun memberi ceramah motivasi.

Jelasnya lagi, dia langsung tidak terlibat dalam mempromosikan sebarang bentuk agenda sesebuah syarikat MLM dan kali terakhir hadir sebagai penceramah pada Disember tahun lalu. 

Ini komennya:

Kambing Hitam 

"Saya ingin tegaskan di sini saya langsung tidak terlibat dalam sebarang urusan pelaburan tidak sah melibatkan syarikat berkenaan.

"Saya secara peribadi merasakan diperangkap, dieksploitasi selain rangkaian sindiket ini telah menjadikan saya sebagai kambing hitam,"
 

Ditahan 24 Jam Bukan Direman

"Alhamdulillah siasatan berjalan dengan lancar dan saya memberikan kerjasama baik kepada pihak polis. Cuma saya tidak direman seperti dilaporkan sebaliknya ditahan dan dilepaskan atas jaminan polis," 

Sertai MLM Sebagai Profesional

"Saya tidak menafikan mengenali ramai individu dalam rangkaian ini termasuk yang ditahan pihak polis baru-baru ini.

"Bagaimanapun saya tidak mempromosikan apa juga yang mereka lakukan kerana kehadiran saya sama ada sebagai seorang profesional iaitu tetamu atau memberi ceramah motivasi.

"Malah kali terakhir saya muncul dalam program sedemikian adalah pada Disember tahun lalu," 

Jadi Pengajaran

"Saya belajar daripada pengalaman ini dan akan lebih berhati-hati dalam setiap acara atau majlis yang akan saya hadiri.

"Kejadian ini juga diharap dapat memberi pengajaran kepada orang ramai malah rakan selebriti agar tidak mudah terpengaruh dengan rangkaian seperti ini.

"Saya akan berikan kerjasama sepenuhnya sekiranya dipanggil untuk berbuat demikian bagi memastikan sindiket seperti ini dapat dihapuskan," 


Sementara itu, tuduhan yang mengatakan Adlin turut bertindak sebagai 'mastermind' dan melindungi pihak tertentu adalah khabar angin yang masih dalam siasatan pihak polis.