Friday, 12 August 2016

AC Mizal Saman Utusan RM25 Juta

Tags

Datuk AC Mizal telah mengejutkan industri hiburan hari ini apabila menfailkan saman sebanyak RM25 juta terhadap akhbar Utusan Malaysia.

AC Mizal bersama isterinya Emylia Rosnaida dan dua lagi memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu (M) Sdn Bhd dan tiga yang lain, menuntut ganti rugi RM25 juta kerana artikel fitnah.

Sebagai Presiden Peace Yall Sdn Bhd, AC Mizal telah memfailkan saman itu melalui Tetuan Shahrir & Co.

Mereka mendakwa wartawan Syed Musaddad melalui sisipan Pancaindera yang diterbitkan bersama-sama dengan Mingguan Malaysia membuat andaian fitnah di dalam artikel berjudul ‘Peace Yall FM Tak Bayar Gaji’.

Perkataan-perkataan dalam artikel itu menggambarkan sebagai majikan, presiden syarikat, ahli perniagaan, ahli masyarakat atau individu yang tidak bertanggungjawab, cuai, dan lalai terhadap pekerja mereka.

Perkataan di dalam artikel itu juga boleh menggambarkan mereka mempunyai reputasi kewangan atau perniagaan yang teruk dan tidak boleh dipercayai, sedang menanggung beban hutang atau kewangan yang teruk hingga tidak mampu untuk membayar gaji pekerja.

Ini sekalgus menyebabkan reputasi dan nama baik mereka selaku ahli perniagaan dan penggiat bidang seni telah terjejas teruk.

Dengan itu pihak Peace Yall mahu ganti rugi am bagi memfitnah sebanyak RM15 juta dan ganti rugi teruk RM10 juta, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA