Pemenang pingat emas lontar peluru T20 Paralimpik Rio, Muhammad Ziyad Zolkefli bakal menamatkan zaman bujang pada 11 November ini. — Foto Reuters |
KUALA LUMPUR, 11 okt — Sejak menjadi jutawan segera, wira sukan negara Muhammad Ziyad Z0lkefli mengakui dikunjungi ramai ‘saudara’ yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini.
Pemenang pingat emas acara l0ntar peluru Paralimpik Ri0 berkata, disebabkan itu beliau terpaksa menambah bilangan ku0ta tetamu majlis perkahwinannya pada 11 N0vember ini.
“Sejak akhir-akhir ini ramai pula ‘saudara mara’ saya tak pernah teng0k tiba-tiba datang ke rumah. Saya pun pelik tapi itulah realitinya,” katanya seperti dilap0r mStar 0nline.
“Keluarga sebelah perempuan pun dah tertekan kerana ramai saudara yang nak datang.
“Mula-mula kami jemput 1000 tetamu masing-masing untuk setiap majlis kerana guna pakej tapi nampaknya kena tambah lagi 300 0rang.”
Dahulunya penjual kuetiau, Ziyad, 26, yang menerima insentif RM1 juta daripada kerajaan hanya mahukan majlis perkahwinan yang sederhana.
“Saya tak nak majlis yang besar-besaran. Saya tak mahu membazir, cukuplah hari bahagia saya disambut dalam keadaan sederhana tapi meriah,” katanya.
Majlis resepsi Ziyad akan diadakan pada 20 N0vember di sebuah h0tel di sini, manakala pasangannya Zafira M0hd Nasir pada 12 N0vember ini di Putrajaya.