Sunday, 2 October 2016

Usher Akui Yuna Berbakat, Foto Ibu Bapa Yuna Bertemu Usher Tarik Perhatian







Kuala Lumpur, 2 Oct: Bintang R & B antarabangsa, Usher mengakui penyanyi tempatan, Yuna, 29, sebagai seorang penyanyi yang berbakat dan berhasrat untuk terus menjalin kerjasama dengannya lagi selepas kejayaan duet mereka.

Penyanyi dari Amerika Syarikat itu juga mahu Yuna menjadi penerbit albumnya suatu hari nanti kerana percayakan kemampuan penyanyi kelahiran Malaysia itu.

"Yuna sangat berbakat dan tahu bagaimana material tepat untuk seseorang penyanyi.

"Apa yang pasti, kerjasama menerusi lagu Crush bukan pertama dan terakhir kerana saya mahu bekerjasama dengannya lagi suatu hari nanti," katanya kepada Harian Metro dalam satu temubual di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Usher, 37, hadir ke Malaysia bagi menjayakan persembahan sempena kejohanan Formula 1 (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Usher sebelum ini menyambut baik pelawaan Yuna untuk bekerjasama menerusi lagu Crush yang dicipta Yuna hingga lagu itu mendapat sambutan luar biasa.

Usher juga mengakui dia memang kagum dengan Yuna sejak pertama kali berjumpanya dulu.

"Dia adalah antara penyanyi yang betul-betul berjaya menambat hati saya. Yuna memiliki 'tone' suara yang sangat indah selain begitu berbakat dalam mencipta lagu," katanya.

Sementara itu, foto yang memaparkan ibu bapa Yuna bertemu dengan Usher menjadi viral selepas itu dimuat naik di laman Twitter penyanyi tersebut.



"Sementara itu di Malaysia, ibu bapa saya sedang melepak dengan Usher! Lol", tulis Yuna.




Sumber : Harian Metro