Saturday, 1 October 2016

TNB Beri Penjelasan Isu Bil Belum Diterima Pengguna Dan Isu Bayaran Purata Bulanan





Sebelum ini menjadi viral di laman sosial kononnya pihak TNB telah mengenakan bayaran lebih mahal dan bil lewat diterima.

Rupa-rupanya perkara berkenaan sebenarnya melibatkan 8.5 juta pelanggan TNB di seluruh Semenanjung Malaysia kerana pengenalan sistem pengebilan baharu bermula 21 Julai 2016 menerusi inisiatif baharu iaitu myTNB Portal.

Berikutan peralihan kepada perkhidmatan baharu ini, telah berlaku isu pengebilan kepada sebahagian pelanggannya di mana sesetengah pelanggan belum menerima bil elektrik mereka bagi bulan Julai dan Ogos 2016.

Sebahagian pelanggan lain pula mungkin telah menerima bil anggaran yang dikira berdasarkan purata penggunaan tenaga elektrik pelanggan sepanjang enam bulan yang lalu

Mereka juga memberi jaminan pelanggan yang tidak menerima bil bulanan, bekalan elektrik mereka tidak akan dipotong jika lewat membuat pembayaran dalam tempoh peralihan ini.

"Pelanggan yang masih belum menerima bil mereka bagi bulan Julai dan Ogos 2016 atau pelanggan yang telah menerima bil anggaran boleh membuat pembayaran menggunakan jumlah yang tercatat pada bil terakhir yang diterima."


"Pelanggan yang masih belum menerima bil mereka bagi bulan Julai dan Ogos 2016 atau pelanggan yang telah menerima bil anggaran tidak akan dikenakan denda disebabkan kelewatan pembayaran," jelas mereka.

Dengan pengenalan sistem baru ini, nombor akaun lama pelanggan akan ditukar dengan nombor akaun baru secara automatik kepada 12 digit dari 14 digit sebelum ini, namun pembayaran bil masih boleh dibuat menggunakan nombor akaun lama,

Selain itu, jumlah pembayaran yang dibuat menggunakan mana-mana nombor akaun akan tertera dalam bil bulanan pelanggan yang berikutnya.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai sistem baharu ini iaitu berkaitan nombor akaun baru, bil anggaran, jaminan tiada pemotongan jika bayaran lewat dan soalan lazim lain, sila layari www.tnb.com.my/mytnb-bil/ atau TNB Careline 1300885454. - Rilekslah.my