Sunday, 2 October 2016

Tiara Desaru Resort Mendamaikan, Menenangkan..



JIKA berkesempatan bercuti ke selatan tanah air, lebih tepat lagi di kawasan Desaru, jangan lupa luangkan hari anda untuk menginap di Tiara Desaru Resort yang terletak di Desaru, Johor.


Menawarkan Classic Suite, Family Suite, King Suite, Queen Suite dan Studio, ia memberikan pelbagai variasi bilik untuk pilihan anda yang bercuti sama ada dengan keluarga mahupun rakan-rakan tersayang.


Antara nilai tambah yang terdapat di Tiara Desaru Resort ialah perkhidmatan sewaan basikal, padang tenis, kemudahan barbeku di tepi pantai serta tiga kolam renang yang ditempatkan di premis mereka.






tiara5


Menurut pemiliknya, Dato Sri Ker Cherk Yee, walaupun masih belum dilancarkannya secara rasmi, namun resortnya mendapat permintaan daripada pelancong-pelancong tempatan termasuk dari Singapura.


tiara


tiara1


tiara2


Tiara Desaru Resort kini dalam perancangan untuk menambah baik segala kemudahan yang ada sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada awal tahun hadapan.


Bagi anda yang belum berkesempatan melancong ke Desaru, lapangkan jadual anda sekeluarga bagi menikmati sendiri percutian di sini.


Pelbagai lokasi tumpuan pelancong antaranya seperti lawatan ke ladang buaya yang menempatkan 1,000 ekor buaya, Desaru Fruit Farm dan Els Golf Club yang merupakan antara tarikan terbaharu yang anda boleh cuba sendiri di sana. – MYNEWSHUB.CC