Sunday, 2 October 2016

Taylor Swift Hubungi Bekas Kekasih, Calvin Harris



PENYANYI yang sering mencetuskan kontroversi berkaitan isu percintaan, Taylor Swift dilaporkan telah menghubungi semula bekas kekasihnya, Calvin Harris.


Sumber melaporkan, Taylor menghantar mesej kepada Calvin untuk bertanya khabar bekas kekasihnya itu selepas mereka berpisah pada Jun lalu.


“Ia hanya mesej biasa daripada Taylor kepada Calvin da ia dibalas ringkas oleh lelaki itu.





“Mereka perlu melupakan apa yang terjadi antara mereka sebelum ini kerana mereka akan tetap bertemu apabila menghadiri majlis hiburan,” kata sumber.


Tambah sumber itu lagi, mesej yang dihantar oleh Taylor bukan bermaksud dirinya mahu kembali ke pangkuan Calvin selepas berpisah dengan Tom Hiddleston baru-baru ini.


“Taylor hanya mahu berbaik sebagai kawan dan mahu melupakan kisah silam mereka sebelum ini,” tambah sumber tersebut.