Monday, 3 October 2016

Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan Di Ipoh



IPOH – Sepasang suami isteri maut manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kampung Sri Kinta di sini hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi itu, Yazid Ismail, 53, dan isterinya, Hasnida Hassan, 43, yang menaiki motosikal maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal cedera.


Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata pasangan itu dalam perjalanan dari Pasir Puteh menghala ke Ipoh bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Axia yang datang dari arah bertentangan.


“Pemandu kereta melanggar kedua-dua motosikal dari arah bertentangan ketika hendak memotong kenderaan di hadapan.


“Akibat perlanggaran itu, pemandu kereta hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik di bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Sum, kedua-dua mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut. – BERNAMA