Saturday, 1 October 2016

Song Ji Hyo Trending Di Twitter #SONGJIHYOinMY



PELAKON dan peserta program televisyen popular Running Man, Song Ji Hyo dari Korea Selatan mulai trending menerusi laman mikro Twitter hari ini dengan #SONGJIHYOinMY.


Aktres wanita berusia 35 tahun ini dilaporkan datang ke Malaysia untuk merasmikan pembukaan sebuah kedai kasut jenama Shoopen di Fahrenheit 88, Bukit Bintang di ibu negara.


Menerusi laman mikro Twitter, rata-rata rakyat Malaysia yang meminati wanita ini tidak melepaskan peluang untuk melihat secara personal heroin Running Man pujaan mereka dan sanggup berasak-asak di pusat beli-belah itu.


Shoopen merupakan rangkaian kedai jenama kasut terbesar di Korea Selatan yang menawarkan pelbagai jenis kasut yang praktikal dan mampu milik bagi penggemar kasut.






Song Ji Hyo Trending Di Twitter #SONGJIHYOinMY


Song yang hanya memakai baju T berwarna coklat dipadankan dengan hot pants paras paha berwarna hitam dirakam memotong reben di hadapan outlet berkenaan sebagai simbolik perasmian pembukaan kedai tersebut.


Selain trending dengan #SONGJIHYOinMY, rata-rata peminat Song memujinya sebagai seorang wanita yang cantik dan memang memiliki kecantikan semula jadi.


“Natural Beauty is You Song Ji-Hyo 😍❤️. #SONGJIHYOinMY,” tulis @Syfqh__.


Manakala @Firdaus_ARashid pula: “Omo ! Like seriously cun gila Jihyo noona ! Starstruck ! 😍😍😘😘 #SONGJIHYOinMY .”


Amirah ‏@hunhaniel_ berkata: “She simple but look beauty #SONGJIHYOinMY.” -MYNEWSHUB.CC