Puteri Balqis Dikecam Teruk Oleh Peminat Gara-Gara Gambar Ini
Pelakon cilik Puteri Balqis Azizi telah dikecam hebat apabila sebuah foto beliau menjadi kontroversi atas dakwaan beliau telah membuat lambang Yahudi.
Ia merupakan sebuah simbul “Rock” ataupun “I Love You” yang sering menjadi kebiasaan dikalangan remaja kini.
Namun, sesetengah pihak telah mempertikaikan aksi beliau dalam foto tersebut.
Mempunyai jumlah pengikut yang ramai di Instagram telah membuatkan Balqis sering menjadi tumpuan ramai sehinggakan ada yang menyuruh beliau menutup aurat.
Balqis dalam satu kenyataan juga berkata, beliau tidak mahu laman Instagram miliknya itu menjadi medan untuk peminat mencari gaduh.
Sebagai seorang anak kecil, kami rasa Puteri Balqis tidak perlu dikritik dengan begitu hebat sekali.
Jika dalam isu menutup aurat pula, tidak salah untuk kanak-kanak itu bergaya bukan?
Jika sudah besar pasti dia sendiri boleh menilaikan apa yang harus dipakai ataupun tidak.