Monday, 3 October 2016

Peminat Alif Satar Sanggup Tawar Diri Jadi Isteri Kedua



PELAKON dan pengacara Alif Satar memberitahu bahawa dirinya bukan sahaja digodaa peminat ketika belum berkahwin, malah dugaan itu lebih hebat apabila sudah mendirikan rumah tangga sehingga ada yang menawarkan diri menjadi isterinya yang kedua.


“Sebelum berkahwin, ada peminat yang mengacau saya tetapi tak sangka lepas kahwin, makin banyak pula dugaannya. Saya rasa kalau perkara ini berlaku ketika masih bujang, mungkin saya akan menjadi liar.


“Banyak komen yang saya baca di media sosial, antaranya ‘untungnya kalau dapat jadi isteri kedua Alif.’ Kadang kala saya dan isteri gelak membacanya.





“Bagaimanapun, saya tidak mempunyai niat untuk berkahwin lagi. Isteri saya bukan jenis yang cemburu. Walaupun saya berlakon ada babak romantik, dia tidak rasa apa pun. Dia tahu ia sebahagian dari tugas saya,” katanya kepada BH Plus.


Tambahnya, dia bersyukur dikurniakan isteri yang memahami kerjayanya sebagai seorang selebriti dan dia juga percaya perkara seperti  ini akan membuatkan dirinya bersikap lebih matang.