Saturday, 1 October 2016

Kisah Doktor Bertemu PENDINDING Atas Tandas Petronas Yang Bakal MENGEJUTKAN Ramai !!!

Tags



“Masa melabur nanti, jaga-jaga sikit. Pandang bawah tau,” pesan pakcik berbaju Petronas itu kepada aku.

“Kenapa?”

Pakcik yang sedang mencuci tangan di sinki itu menoleh dan hanya tersenyum. Setelah mengelap tangannya yang basah pada bajunya, dia tunjuk kedua-dua bola matanya dengan jari dan kemudian menuding ke bawah, seolah-olah menegaskan kembali pesannya tadi.

Oleh kerana empangan hampir pecah, aku segera meluru masuk kubikel. Semasa menunaikan hajat, kuat pula desakan hati nak tahu kenapa kena pandamg bawah. Tak boleh pandang atas ke? Apa yang ada pada siling kubikel ni? Akhirnya aku tekad abaikan amaran pakcik. Aku dongak perlahan-lahan.
Hah? Berjeriji?

2

Semakin membuak-buak perasaan ingin tahu aku. Bermacam-macam teori berlegar dalam kepala. Berdebar jadinya. Usai selesai urusan di tandas, dalam perjalanan kembali ke kereta, aku terserempak sekali lagi dengan pakcik tadi.

“Pakcik! Kenapa ada grill kat atas kubikel tandas tu?” Tanya aku.

“Kan aku cakap pandang bawah! Pandang atas buat apa? Jatuh baru tahu! Lantai tandas tu licin, baru cuci. Sebab tu suruh kau pandang lantai.”

“Ooo..yeke. Bikin saspens la pakcik. Ingatkan ada benda-benda pelik. Eh! Tapi kenapa ada grill?”
“Betul kau nak tahu? Jangan beritahu orang lain tau,” bisiknya perlahan.

“OK, saya janji tak beritahu orang lain. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut!”
“OK, pinky swear?” katanya sambil menunjukkan jari kelingkingnya.

“OK! OK!” Aku kait jari kelingkingnya dengan jari kelingking aku. Rasa jangal pula, macam budak-budak sekolah.

“Macam ini… malam-malam, tandas tu, ada lembaga yang selalu sergah orang daripada atas. Sebab tu dia orang pasang grill. Grill tu bukan grill biasa, dah jampi dengan ayat pendinding sekali.”

“Biar betul, pakcik. Seram gila. Nasib dah settle urusan baru tahu!” Aku lepaskan tautan jari aku.
“Haa.. inilah perangai orang-orang kita. Cerita karut-marut, mudah je percaya. Orang jual racun sebagai ubat pun ada orang beli. Ingat orang tua je perangai macam tu, rupanya orang muda pun sama. Padanlah senang kena tipu dengan politician. Hampeh!“

Aduh, pedih. Malunya!

Lepas membebel tu, pakcik jalan ke arah sebuah kereta Mercedes CLS AMG dan dengan selamba masuk ke dalam perut kereta mewah tersebut. Enjin dihidupkan dan kereta itu beredar pergi.

Laaa… bukan staff pam minyak rupanya.
Pengajaran:
Jangan percaya benda yang karut-marut.
Jangan bersangka-sangka berdasarkan rupa.
Jangan degil, dengar nasihat orang tua.
Jangan ingat semua orang tua kolot. (Ada juga yang hip dan masih amalkan pinky swear. Haha!)

Apapun, tujuan jeriji besi tu dipasang di kubikel tandas masih menjadi misteri. Dr Kamarul Ariffin adalah seorang doktor perubatan rehabilitasi dan merupakan salah seorang ahli #MedTweetMY. KREDIT THEVOCKET.