1.
Anda baru dapat tawaran kerja di KL. Umur 24
Disebabkan tiada adik beradik atau sedara mara di area KL
Anda pun mula search di mudah.my dan dalam group fb
Biasa rate bilik 2 orang duduk dalam RM150-RM300
Namun, berkat ketekunan anda mencari
Anda dapat bilik sewa share 2 orang dalam harga RM200 sebulan
( Tolong cari yang dekat dengan tempat kerja anda)
KOS BILIK SEWA: RM200
2.
Seterusnya, anda tak reti bawa motor, ataupun mak ayah tak bagi bawa motor kat KL. Bahaya katanya.
Anda pula cuba tanya adik beradik ada ke kereta lebih tak guna.
Malangnya semua nak guna. Anda mampu berhuhu jelah. Hehe
Apa lagi. Pergi ke mak ayah." Mak ayah nak kereta" Mulalah mohon untuk beli kereta guna guaratto ayah atau mak. Ambil kereta Axia putih G. Sebulan RM400. Kos minyak tol pula dalam RM200
KOS KERETA= RM600
3.
Ha makan, malangnya lagi
Anda tak pandai masak!
Apa nak buat?
Makan kedai lah. Haha. Sekarang pagi pagi pergi makan nasi lemak, takpun roti canai. Harga dalam RM3.
Lepas tu. Tengahari di tempat kerja. Makan dengan kawan kawan tempat kerja
Ambil lauk sedap sedap sikit
Ambil nasi lauk ayam dan air kosong ( cukuplah)
Aumm. Harganya dalam RM5 gitu
Tak percaya
Pergi nasi Kak Wok Bandar Permaisuri
Malam pula
Makan lagi kat luar
Makan nasi goreng ayam
Harga dalam RM5
Sehari habiskan dalam RM13 makan saja
Cukup sebulan RM390
Tambah RM10 beli jajang
KOS MAKAN: RM400
4.
Anda ingin jadi anak yang baik
Ingin sentiasa dimurahkan rezeki
menyucikan harta
Taknak jadi anak lupa diri
Anda cuba sedekahkan RM100 setiap bulan kepada mak ayah
Walaupun agak sedikit
Tapi untuk sekarang ini sahaja yang termampu
Lagipun mak ayah masih stabil dan bekerja
MAK AYAH: RM100
5.
Sebulan anda guna data dalam RM70
U Mobile, dapat tengok youtube free
Tak makan kuota, Call pun unlimited
Disebabkan kita kaki online, kaki call orang. kaki video. kaki semuanya lah. plan ini teramatlah sesuai
TOPUP: RM70
6.
Setiap bulan mesti mau upgrade barang deadorant,minyak wangi, kasut, baju, gunting rambut
Mestilah
Jadi allocatelah sedikit RM90 untuk ini
KOS KENDIRI: RM90
7.
Disebabkan anda taknak menyusahkan sesiapa bila sakit atau meninggal, taknak ditimpa hutang yang banyak
Anda pun nak pahala sedekah sebab takaful ni akadnya sedekah, dapat jadi saham kat akhirat nanti
Agen takaful kawan anda pun duk call tiap tiap hari bila nak jumpa dan tanya bila nak proceed
Dia pun duk promote real case. Anda jadi cuak. Esoknya call agen. " Ok proceed bos"
Anda pun ambil plan RM140 sebulan
KOS TAKAFUL: RM140
8.
Buat simpanan tabung kecemasan
Kenapa?
Jika anda diberhentikan kerja, maintanance kereta, ada kemalangan ke,
ada masalah wang, dari sinilah anda dapatkan duit
KOS TABUNG KECEMASAN: RM100
SEKARANG BERAPA PERBELAJAAN BULANAN ANDA?
RM200(SEWA)+
RM600(KERETA)+
RM400(MAKAN)+
MAK AYAH (RM100)+
RM70( TOPUP)+
RM90( KENDIRI)+
RM140(TAKAFUL)+
RM100( TABUNG KECEMASAN)+
TOTAL= RM1700
LEBIH GAJI: RM300
Masukkan RM300 dalam Unit Trust PATUH SYARIAH yang memberikan return 11% setiap tahun
Contohnya
PMB Investment
Eastspring Investment
Cukup 5 tahun
Jumlah yang disimpan oleh anda: RM18K
Keuntungan: RM5734
Jumlah keseluruhan: RM23,734
👉Guna 10K untuk majlis kahwin belah anda ( Belah pasangan sape bayar, pasangan andalah bayar😁)
👉Lagi 13K guna untuk deposit rumah Cari rumah 130K di mana mana
Beli, jangan duduk lagi
Buat sewa, dapatkan positive cashflow RM100-RM200 sebulan
Dah mula dapat passive income✌ Oh yeah!
😎
Ok tak?
Baik
Kalau tak cukup yang atas ni,
Bayangkan jika anda ini golongan yang agak bernasib baik
-Ada gaji lebih dari RM2000
-Ada kereta free dari keluarga
- Ada motor, tak perlu kereta
- Naik LRT
- Masak sendiri pagi dan malam
- Duduk rumah keluarga
- Pandai berbisnes, dapat extra income dari situ
Dengan hanya ada tambahan RM300 lagi
Tambah RM300 sedia ada
RM600 ini disiplin tiap tiap bulan dimasukkan ke Unit Trust dalam 5 tahun
Cukup saja
Anda ada 47K pada umur anda 29 tahun!!
Dengan hanya bergaji RM2000!
Ya!
Banyak tak?
Tapi
Kalau nak banyak lagi
Nak lagi extreme atau cepat
Kalau ikut DIY360 Pengurusan Kewangan
Kalau gaji anda RM2000, separuh dari gaji anda tu wajib simpan!
Ye simpan RM900-RM1000 sebulan!
Gila kan?
But
Oneday you will thank me later
Tak boleh buat?
Haa kalau tak boleh
Buat cara di atas ni
Biar simpan sikit, lama lama jadi bukit!
Tak boleh simpan RM300
Simpan RM200
Tak boleh simpan RM200
Simpan RM100
Janji simpan
Nak shopping je
Ingat matlamat kewangan anda!
PERHATIAN SENARIO INI UNTUK PANDUAN SAHAJA
DAPAT VIEW CARA URUSKAN WANG
KOS LAIN TIDAK DIMASUKKAN
PERBELANJAAN BULANAN KITA SUSAH NAK RENDAHKAN
ADA LIMIT
NAK SENANG
BUAT EXTRA INCOME, TIADA LIMIT ANDA DAPAT BERAPA
INI HANYA SESUAI UNTUK
-BUJANG
-MAMPU BERBUJANG 5 TAHUN LAGI 😜 -TAK BANYAK TANGGUNGAN KELUARGA
TAG dan SHARE pasangan, tunang, kawan kawan anda untuk sama sama dapat manfaat ini
Bantu kawan anda untuk bebas wang!
* Cuba bayangkan, anda dah start invest 5 tahun lepas, tahun ni dah boleh beli rumah dan banyak duit kan? 😁
* Untuk dapatkan projection ni, mesti laburkan yang beri return 12% return setiap tahun untuk tempoh 5 tahun,
*Jangan percaya cakap agen
*Percaya kepada data data yang bebas darimana mana company
*
Ramai client saya tertipu dengan agen lain kata return 10%-15%
Tapi bila cek hanya 1%-2% sahaia
*
Boleh dapatkan data data unit trust di Malaysia di Lippertable, atau Novagni
* Jika tidak tahu mencarinya, boleh mesej saya untuk dapatkan data tersebut
* Ingin saya review kewangan anda
atau
ingin saya bantu anda untuk invest di tempat yang berikan 12% tersebut?
Setakat ini hanya ada beberapa syarikat unit trust saja boleh beri return seperti berikut
Bukan company yang anda selalu dengar
Boleh hubungi saya melalui mesej di FB
Stop give excuse
Find your way
Bila anda susah,
Ada orang nak bagi duit kat anda?
Im not going to tell you its going to be easy
But what i can tell you
" Its worth your sacrifice"