Sunday, 2 October 2016

Gajah Liar Mati Dalam Kemalangan Ngeri Babitkan Bas Penumpang


Foto / NationMultimedia



Lampang - Seekor gajah liar mati selepas dilanggar oleh sebuah bas dalam satu kemalangan ngeri pada malam Jumaat.




Dalam kejadian tersebut, pemandu bas dari Bangkok ke Chiang Mai itu dalam keadaan serius.




Namun, kesemua 25 penumpang di dalam bas tersebut tidak cedera.




Gajah jantan yang terlibat dalam kemalangan itu dilaporkan mati di tempat kejadian manakala pemandu bas itu telah di hantar ke sebuah hospital.




Menurut pegawai polis, gajah itu terlepas dari pusat perlindungan Doi Phanmueang dan ia adalah milik Elephant Reintroduction Foundation yang telah dilepaskan ke dalam hutan.




Sementara itu satu video kejadian yang terakam oleh pemandu di dalam kenderaan lain dimuat naik ke internet. - Rilekslah.my