DALAM bidang lakonan, memang tidak dinafikan Fazura memang seorang aktres yang cukup berbakat besar.
Dan baru-baru ini dia melebarkan sayap dalam bidang seni suara dengan memperkenalkan single Sayangi Dirimu selain berduet dengan kumpulan Estranged, menerusi lagu Hancur Aku.
Dengan profilnya sebagai penyanyi, Fazura baru-baru ini diundang menjadi artis pembukaan konsert F1 di Sepang yang berlangsung semalam.
Namun, rata-rata netizen dilihat tidak berpuas hati dengan persembahan Fazura seperti yang dilemparkan mereka di laman sosial.
Kebanyakannya menyuruh Fazura stick sahaja dengan bidang lakonan.
Fazura diundang menghiburkan penonton sebelum pentas itu diambil alih penyanyi antarabangsa popular, Usher.
Dalam konsert itu Fazura mendendangkan dua buah lagu, Cheap Thrills nyanyian Sia dan Warm Water nyanyian Banks. – MYNEWSHUB.CC
someone should tell fazura to just stick to acting #noh8pic.twitter.com/YfjOEyIgC6
— arya-ni (@aryaninatrah) 2 October 2016
Sumber: ohbulan