Monday, 3 October 2016

Fahrin Ahmad Belajar Penjagaan Anak Menerusi Youtube



PELAKON Fahrin Ahmad, 37, memberitahu dia banyak membaca dan mempelajari teknik-teknik penjagaan bayi menerusi YouTube sebagai persediaan menjaga anak sulongnya yang dilahirkan pada 29 September lalu.


Menurut Fahrin, dia terpaksa mengambil pendekatan tersebut kerana rancangannya untuk menghadiri beberapa kelas penjagaan bayi terpaksa dibatalkan ekoran jadual kerja yang padat.


“Buat masa ini saya belajar melalui Youtube dan jururawat yang menjaga isteri saya juga banyak beri tips perkara-perkara penting dlam penjagaan bayi.





“Awalnya saya merancang untuk masuk kelas, tetapi jadual sibuk jadi terpaksa belajar sendiri,” katanya kepada mStar Online.


Fahrin dan pasangannya Elena Hani dikurniakan cahaya mata pada Khamis lalu di Pusat Perubatan KPJ Damansara.


Tambahnya, dia juga tidak akan melupakan pengalamannya dapat melihat isterinya melalui proses kelahiran bayi mereka secara normal.


“Ia adalah pengalaman paling berharga pada saya seorang suami. Saya melihat bagaimana isteri saya bertarung nyawa melahirkan anak kami,” katanya.