Saturday 13 August 2016

Membina Tabung Perkahwinan RM27,600 Hanya 3 Tahun

Tags


Artikel ini hasil perkongsian dari Amir Syahir. Sama-sama kita ambil iktibar dan kongsikan ilmu ini.

Sapa tak nak kahwin kan. Kau hari-hari duk layan drama TV3 mesti teringin nak buat majlis kahwin yang gah, gempak dan ada kek setinggi menara.

Jangan begitu anak muda. Perkara penting dalam perkahwinan tu bila kau dah bergelar suami isteri. Perancangan lepas kahwin tu lagi penting. Ada yang ambil pinjaman peribadi RM30K untuk buat majlis kahwin ni. Alangkah ruginya. Nak bina hidup baharu tapi dah buat hutang. Pinjam RM30K habis dalam masa seminggu je.

Apa kau boleh buat;

Cara 1: Menyimpan Sendiri

Ya betul. Menyimpan. Kau graduan universiti gaji RM2000, dan masih bujang kalau tak mampu menyimpan RM300 sebulan memang kau dalam masalah pengurusan kewangan.

Katakan simpan RM300. Setahun dah RM3600. Dan jika kau rancang nak kahwin 3 tahun kau ada RM10,800.

RM10,800? Hantaran pun dah RM10,000. Nak buat belanja kahwin lagi takkan RM800 je??

Okay di sini kau bincang dengan bakal isteri / suami kau. Kata tulang rusuk kiri, tak boleh hidup tanpa awak bagai. Kongsi simpan RM300 sorang. Jadi lepas 3 tahun kau dah ada RM21,600. RM10,800 kau punya simpanan, RM10,800 bakal suami /isteri kau.

Terang baik-baik pada dia. Hutang untuk kahwin ni akan menyusahkan kau berdua juga nanti.

Senang bukan? Asasnya menyimpan. Kau bujang ikat perut sikit. Hidup biar dibawah kemampuan. Kurangkan belanja bukan-bukan.

Cara 2:
i. Kau buat ASB Financing RM50K. Bulanan RM300 bagi tempoh pinjaman 30 tahun dan kadar faedah bank 5.2%.

ii. Katakan dividen tahunan 7.25%. Dapat dividen simpan. Jangan guna langsung. Biarkan dividen dalam tu.

iii. Bayar ansuran bulanan RM300 guna gaji sendiri selama 3 tahun.
Lepas 3 tahun kau terminate, kau akan dapat;
Dividen kompounding: RM11,600
Pulangan prinsipal: RM2200
Jumlah kasar: RM13,800

Dan kalau kau bekerjasama dengan bakal jodoh kau, kau akan dapat RM27,600 (RM13,800 X dua orang).

Tak cukup lagi? Up lagi. Buat ASB Financing RM100K. Bulanan RM600. 

Berapa dapat lepas 3 tahun tu kira la sendiri. Kata nak buat majlis mewah, kena la simpan banyak sikit. Kakaka.

Alah, buat ASB Financing pun pinjaman jugak. Kau kena faham ASB Financing ni bukan hempok RM50K atas kepala kau. Kau langsung tak terbeban macam pinjaman peribadi.

Selain itu melalui pembiayaan ASB ni kau akan dapat;
i. Rekod CCRIS yang cun 
ii. Deposit rumah jika ada lebihan
iii. Deposit kereta jika ada lebihan 
iv. Lebihan tunai
v. Kebolehpercayaan pihak bank

Aku hanya kongsi idea, kau kena faham konsep je. Berapa jumlah, berapa lama tu kau kena bincang dengan bakal pasangan. Pelan dan tindakan tak sama. Tapi kau tahu cara, sudah bagus.

Sekali kau ambil pinjaman peribadi. Skor pemarkahan untuk pembiayaan perumahan jadi tak cun dah.

Banyak lagi caranya, seperti beli rumah bawah nilai semasa dan sebagainya. Asalkan jangan buat pinjaman peribadi untuk majlis perkahwinan. Buat biasa-biasa pun tak jadi masalah.
Kau tu bercinta dari zaman universiti lagi, lepas 5 tahun dah kerja, takkan la tak nak fikir tabung kahwin. Susah kalau otak kau sudah di-set-kan nak kahwin je, kena guna pinjaman peribadi. Ubah cara fikir kau. Kah!

***
Penafian:
1. Jangan jadi pembaris. Kalau kau mampu simpan RM200, buat pelan sendiri mengikut kemampuan ekonomi kau. Ini sebagai panduan sahaja. Kalau mampu simpan RM600 buat pelan lain. Konsep dia masih sama.
2. Andaikan dividen ASB 7.25% sepanjang tempoh 3 tahun tersebut.