Tuesday, 2 August 2016

Along Cham Tampil Dedah Sikap Isterinya

Tags


Pelawak popular, Along Cham kini sedang mempunyai masalah rumah tangga. Isterinya Zila AF telah meluahkan perasaannya sebelum ini. BACA SINI

Katanya dia telah dihalau dari rumah dan amat merindui anak mereka. Kini tioba giliran Along pulang menceritakan kisahnya.

Bagi Along dia sememangnya tidak mahu hal rumahtangga diketahui umum kerana ingin menutup aib namun setelah Zila bersuara, Along terpaksa membuka mulut.

Jom baca:

IBU BAPA SAYA KEJAM?

"Malu keluarga saya apabila dia mendakwa kami tidak mengizinkannya menjenguk anak. Dia kena fikir ibu bapa saya menjaga anak yang dikandung dan dilahirkan. Sepatutnya dia berterima kasih pada keluarga saya. 

"Apabila mendakwa kami tidak membenarkan dia menjenguk anak, seolah-olah ibu bapa saya kejam dan cuba memisahkan ibu dan anak. Saya tidak kisah jika dia memburukkan saya, tetapi tolonglah jaga hati keluarga saya. 

MANA PERGI NALURI IBU? 

"Hairannya, kenapa selepas berbulan-bulan baru ada perasaan rindu yang teramat sangat pada anak? Mana perginya naluri seorang ibu ketika rancak mencetuskan perbalahan dan minta saya menceraikannya setiap hari dalam perbualan telefon?" 

TAK LARANG JUMPA ANAK

"Saya fikir tiada istilah melarang berjumpa anak kerana dia tahu di mana anak kami berada. Bukan dia tidak tahu jalan ke rumah keluarga mentuanya? 

"Lagi satu, tidak logik keluarga saya akan menghalaunya jika dia sudah berada di depan pintu rumah. Keluarga saya tidak pernah campur tangan dalam masalah rumah tangga kami. Mungkin jika dia datang dan menundukkan keegoannya, rumah tangga kami masih dapat diselamatkan. 
  
"Bagi saya, mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Sepanjang Syawal hingga hari ini, kami menantikan kedatangannya dengan keluarga tetapi batang hidung pun tidak nampak menjenguk anak kami,"

Along kini telah menfailkan saman nusyuz terhadap isterinya, Zila kerana tindakannya keluar tanpa meminta izin suami.