BANGI - Seorang bayi lelaki berusia 2 bulan, bengkak dan lebam di bahagian muka selepas diambil pulang dari rumah pengasuhnya.
Kecederaan di bahagian muka bayi, Al-Firash bin Mohammad Isa, hanya disedari oleh ibu bapanya selepas diambil dari pengasuhnya. Bagaimanapun, pengasuh terbabit memberitahu yang dia tidak menyedari hal itu dan mendakwa kemungkinan bayi itu telah mencakar mukanya sendiri.
Menurut Khaizatul Izwani Khalid, yang mendedahkan kejadian itu di Facebook berkata, mangsa telah menjalani pemeriksaan di Hospital Serdang mendapati, mata kanan mangsa bengkak, hidung mempunyai kesan darah kering dan kerap muntah.
"Ini anak kawan office yang dijaga oleh pengasuh di Bangi. Ibu bapa bayi berkenaan telah membawa anak mereka untuk pemeriksaan di Hospital Serdang dan doktor mengesahkan bayi mereka terkena hentakan yang kuat," katanya yang juga memaklumkan bayi itu kini dalam pengawasan doktor.
Tambahnya lagi, ibu saudara mangsa telah menghubungi pengasuh (muda) itu untuk bertanyakan hal berkenaan. Pengasuh itu tetap mengatakan bahawa dia tidak perasaan dan meminta maaf di atas kejadian itu.
"Takkanlah akak nak hentak Firash" - kata pengasuh terbabit.
"Takkanlah akak nak hentak Firash" - kata pengasuh terbabit.
"Sekarang masih menunggu laporan penuh tentang pendarahan bawah otak. Masih menunggu keputusan Doktor Pakar Otak dari Hopital Kuala Lumpur untuk mengetahui kecederaan yang dialami oleh Firash serius atau tidak. Jika serius, mungkin perlu buat pembedahan.
"Firash sudah buat scan x-ray untuk kali kedua. Kali ini satu badan dari kepala sampai kaki. Bimbang ada kesan pada bahagian badan yang lain. Keputusan kepala masih belum dapat. Mungkin Firash akan duduk di wad sehari dua lagi," kata Khaizatul.
Difahamkan, satu laporan polis telah dibuat pada 29 Julai lalu dan ibu bapa Firash kini sedang menunggu tindakan dari pihak polis untuk menyiasat kes berkenaan.