Sunday, 31 July 2016

AWAS!!! ,WASPADA DENGAN ALAT PEMANAS MANDIAN ANDA ,SENTIASA PERIKSA.

Tags


Kisah ini bukanlah sesuatu yang asing ,namun boleh dijadikan iktibar atas kejadian ini...

Seorang remaja ,Greogary Ng ,18 maut akibat renjatan pemanas mandian di rumahnya di flat Hougang Avenue 3 ,Singapura....

Memetik laporan portal singapura ,stomp.com,kejadian itu disedari keluarganya ,yang mendengar mangsa menjerit kesakitan ketika disalam bilik air....

Terkejut dengan jeritan mangsa ,keluarganya memecahkan pintu bilik air dan menemui Greogary terbaring di lantai dengan soket pemanas mandian yang berasap....

Sementara menunggu ketibaan ambulan ,adik dan ibu saudaranya cuba melakukan bantuan pernafasan dengan arahan daripada penyelamat di telefon ,tetapi tidak berjaya.mangsa telah meninggal dunia terkena serangan jantung akibat renjatan elektrik dalam perjalanaan ke hospital changi...

Greogary ,seorang graduan institut Pendidikan Teknikal sedang menunggu panggilan latihan khidmat negara.Dia tinggal bersama datuk dan nenek serta dua orang saudaranya sejak ibu bapanya bercerai sejak kecil....

Datuknya ,Anthony Ng 62 ,seorang pemandu teksi berkata ,dia baru saja menggantikan pemanas mandian yang lama....

"Saya membayar SGD300(762)untuk pemanas mandian yang berjenama.namun ia membunuh cucu saya,"katanya

Menurut jabatan Bomba dan penyelamat Kuala Lumpur ,terdapat 3 punca boleh menyebabkan renjatan elektrik dari pemanas  mandian iaitu pemasangan tidak mengikut specifikasi ,kebocoran air serta tiada penyelengaraan...

WASPADA ,sila periksa pemanas mandian anda